} -->

Sunday, March 25, 2012

Ini adalah sticky entri. Utk baca entri lain2 sila klik kat sidebar atau tgk kat bawah entri ni.


Sebenarnya blog ini adalah my bisness blog, tapi sebab ana  suka nak share something kat sini, so bolehla lawat facebook saya untuk lebih banyak koleksi pakaian. Kalau nak pakaian yang stailo2 tak der kat sini, saya cuma ambik pakaian yg berlengan panjang dan labuh baju lebih drp punggung, yg ketat2 pun tak der kat sini. Sebagai muslimah rasanya kalau saya jual baju yg dedah2 atau tak menepati syariat kita ana juga dapat sikit sahamnyer......


Ana pun bukannya bagus sangat bab tutup aurat ni, masa muda2 dulu pun pernah la juga pakai baju ketat2 ni, nak juga merasa kot, masa tu kan darah muda lagi, tengah panas!!!. Walau apapun kita kena juga cuba utk berubah sikit demi sedikit, pernah dengar kan pepatah ni hari ini lebih baik dari kelmarin dan moga hari esok lebih baik dari hari ini.


Mudah-mudahan kita semua berada dalam golongan orang2 yg sentiasa mendapat jalan yg lurus dan dipermudahkan jalan kita utk mendapat redhaNya di dunia dan akhirat. Amin.

Tuesday, April 12, 2011

Ibu Bapa Bijak Anak Hebat

Tajuk entri ni diambil drp buku tulisan saudara Zaid Mohamad yg menulis berdasarkan pengalaman beliau dlm membesarkan anak2nya. Dalam buku tersebut Zaid mengupas 7 strategi yg patut ibu bapa semua praktikkan dlm mendidik anak2. Apa dia 7 strategi tu? Jom tengok!.

1) Sayang menyayangi
2) Sekatan dan sukatan masa
3) Studi secara bijak
4) Santai bersama keluarga
5) Semaikan bakat kepimpinan
6) Sumbangkan kepada masyarakat
7) Serah kepada Allah ( Tawakal )

Nak tau lebih bolehla pergi cari buku ni kat kedai buku. Kat sini ana bolehla kongsi sikit, tak leh banyak2 nanti marah pula saudara Zaid. Senarai yg paling atas adalah sayang menyayangi, yg ini memang asas penting dlm rumahtangga kita sebab tanpa kasih sayang anak2 akan rasa diabaikan, terbiar dan rasa diri mereka tidak dihargai langsung yg mana dari situlah mereka mula memberontak dan ditambah pula bila berkawan dengan rakan yg salah. Macam mana nak bina kasih sayang kalau ibu bapa tu sendiri tak berkasih sayang, maksud ana ibu bapa pun asyik dok bergaduh depan anak2, keluarkan kata2 kesat, maki hamun tambah parah kalau melibatkan pukul memukul, jadi sebelum nak jadikan anak2 kita hebat ibu bapa tu yg perlu bijak, sesuai sangatlah dgn tajukkan. 

Pernah ke korang jumpa org yg berjaya tapi  tak pernah dipedulikan oleh parents, rasanya kalau ada pun 1000 dlm satu ja kot. Walau parents tu tak berpendidikan tinggi dan tak mampu nak ajar anak dlm akademik tapi dia org still akan bagi galakan dan dorongan supaya anak2 tu belajarkan, berusaha cari rezeki sebaik mungkin utk anak belajar dgn selesa dan yang paling penting sekali mereka hidup dalam suasan penuh kasih sayang walau hidup serba kekurangan, tapi ana rasa situasi di mana parents yg susah berjaya lahirkan anak2 pintar ni byk pada 20-40 tahun yg lepas saja, sekarang ni pun ada tapi teramatlah sikit bilangannya, cuma kita rasa mcm banyak sebab bila keluar result periksa aja media akan higlight pada golongan yg susah ni, takkan nak highlight pada anak org berada atau pun sederhana ni kan sebab they all deserved to get it.

Macam mana kita nak suburkan kasih sayang dalam keluarga kita tu? Mengikut Zaid Mohamad parents perlu bagitau anak2 yg mereka sayangkan anak2 tu 3x dlm sehari. Mana ada parents yg tak sayang anak2 kan, takkan nak kena bagitau hari2 kot, tapi itulah hakikatnya, kita kena bagi anak2 tahu yg kita sayang kat mereka sebabnya masa kita nak inform kat anak2 tu takkan nak inform sambil baca paper , tentu tak sesuai kan, masa nak  bagi tau tu pulak bukannya sambil lewa ajer bagi tau tanpa eye contact langsung, sepatutnya masa kita inform yg kita sayang dia org tu kita peluk dan cium dia org ditambah pula dengan sedikit kata2 perangsang utk boostkan semangat dia org utk hari tu. Masukkan kasih sayang dalam segala yg korang lakukan seperti memasak, membasuh dan masa teman anak2 buat kerja sekolah. Berleter, mengkritik, melabel anak2 seperti bodoh, malas, degil dan sebagainya sepatutnya tak der langsung dalam kamus hidup anak2 kita tu.

Kalau diikutkan teori ni memang lah nampak cam mudah kan, bukannya payah mana pun, macam skrip drama/filem yg boleh direka2 sesedap hati, bukannya sama mcm realiti hidup kan. Mana mungkin parents yg tak pernah langsung berleter atau membebel pada anak2 kalau ada pun mungkin parents yg tak berupaya bercakap kot. Kekadang tu tak sedar pun yg kita ni dok membebel sebab memang dah terbiasa. Kesianlah kat anak2 sebab jiwa dia org tu lembut lagi dan cubalah belajar kawal emosi. Jangan salahkan anak2 bila satu hari nanti kata2 kita yg menyakitkan hati tu terkena pula pada batang hidung kita sebab kita sendiri yg ajar mereka.

Cuba fokuskan pada perbuatan mereka bukannya pada mereka. Contohnya anak sedang conteng buku sambil sepahkan meja. Tindakan spontan anda tentu berleter, tunggu dulu cuba cara yg lebih bijak dgn beri galakan pada apa yg anak telah lukis dan ajak dia kemas meja lepas selesai menconteng. Situasi kedua yang mana anak menangis-nangis sebaik saja anda hendak berehat lepas balik kerja. "Janganlah jadi manja sangat. Sikit2 pun nak nangis, tak nampak ke ibu baru balik ni? Ibu letih la." Sebaliknya kalau kita fokus pada kelakuan kita akan tanya kenapa dia menangis dan minta dia terangkan sebab dia menangis.

Praktikkan fokus pada perbuatan bukannya individu ni dan sematkan dlm kepala otak tu sampailah kita berjaya kawal emosi tu, percayalah bukan kita saja yg rasa tenang dan gembira malahan anak2 pun sama dan yg lebih penting anak2 pun cuba tidak buat apa yg kita tak suka atau larang mereka.

Dah panjang sangat dah ni, nanti sambung.......

Sunday, April 3, 2011

RAHSIA AWET MUDA

Semua orang nak kelihatan lebih muda dari usia sebenarkan walaupun saban hari makin bertambah usia kita, maka makin berkedutlah muka ngan badan kita ni. Ada yang inject botox, vit C , makan kolagen, makan macam2 supplement dan macam2 lagilah yg sanggup kita buat walaupun kocek ni dah kering, tapi nak cantik punya pasal apa pun kita sanggup buat.

Ana rasa petua awet muda yang paling murah, mudah dan selamat adalah dengan mengamalkan membaca al-quran setiap hari, walaupun ana sendiri tak amalkan pun, on off on off ajerrr, tak istiqamah langsung. Jangan pula niat baca quran tu semata2 nak awet muda, tapi niat kerana Allah kerana nak memahami dengan lebih dalam satu2nya mukjizat nabi kita yg terus kekal hingga ke hari ni. Seboleh2nya baca quran yang ada tafsiran supaya kita faham apa yang kita baca tu, barulah ada jiwa bacaan kita tu. Baca tanpa faham bagi ana sangatlah merugikan. Contohnya bila baca surah An-Nisa kita boleh tau pasal hukum2 perkahwinan, taktik, tujuan dan adab perang dalam islam, hukum membunuh orang muslim dan macam2 lagi dlm surah ni.

Lepas wudhu pula jangan lapkan muka tu, biar air tu meresap dalam muka. Selain amalan rohani ni ada juga amalan lain yang boleh dibuat. Yang paling utama jaga pemakanan tu, banyakkan makan buah dan ulaman segar dan kurangkan makanan berlemak. Makan tu jangan kerap dok bersulam air , minum air hanya lepas lebih kurang 15minit lepas makan tu. Air kosong kena minum dalam 5-8gelas sehari supaya pencernaan berjalan lancar yg dapat mengeluarkan toksin dalam badan tu.

Selain tu rajin2lah bersenam supaya aliran darah lancar dan elakkan wajah daripada terik matahari. Guna payung dan pastikan pakai krim pelindung yang ada SPF bila keluar rumah. Insyaallah walaupun semua kita akan tua dan berkedut juga tapi tak salahkan utk menjaga diri kita sebaik mungkin sebelum apa yg Allah pinjamkan kat kita ni diambil balik. Cuma satu jer jangan berlebihan dalam apa jua yg korang lakukan dan tidak bertentangan dengan hukum agama.

p/s : sentiasa syukur dan redha adalah rahsia awet muda yg terbesar, kalau asyik dok tension dgn stress dah tentu muka yg tak berkedut pun jadi berkedut.



Saturday, April 2, 2011

Tips jadi usahawan berjaya

Di blog lama saya dulu, ramai yg masuk dari golongan peniaga juga, masing2 iklankan produk masing2, jadi saya rasa blog ni pun mesti diterjah group yg sama. Bukan semua orang berbakat dlm perniagaan ni termasuklah ana sendiri yg masih terkial2 cari ilmu.

Apa beza usahawan dengan peniaga? Bagi ana peniaga2 kecil tambah2 yg kat online ni tak layar digelar usahawan lagi, usahawan bagi yang dah berjaya membina empayar yg kukuh. Sebelum jadi usahawan besar sudah tentu kena mula dari bawah dulu, pernah ka dengar usahawan yg terus jer berjaya tanpa bersusah payah dari bawah, kalau ada pun mungkin mewarisi perniagaan keluarga. Kat bawah ni saya senaraikan ciri2 usahawan tulen yg dicedok drp buku Dato' Maznah Hamid wanita besi yg berasal dari Kedah ni.

Diri kita sendiri yang nak jadi usahawan, bukan dipaksa utk teruskan legasi keluarga. Tak bergantung harap kepada orang lain dan buat perniagaan yg betul2 kita arif, suka dan rela lakukannya.

Tinggalkan segalanya dan tumpukan perhatian pada satu jenis perniagaan sahaja hingga kukuh dan bila dah OK barulah boleh kembangkan bisnes kedua.

Jadikan perniagaan anda itu sebagai survival anda, iaitu mata pencarian utama yg mana anda hanya bergantung pada perniagaan ini saja.

Sanggup melupakan keselesaan dan kesenangan hidup dan bekerja kuat , work long hard hours tanpa cuti.

Mempunyai semangat yg kental, daya tahan, berani, sanggup tanggung risiko, sabar dan tabah.

Mempunyai daya kepimpinan yg tinggi dgn ciri2 kepimpinan yg boleh diikut . Berupaya mempengaruhi sikap dan tingkahlaku pekerja bagi  mencapai kecermelangan dan matlamat syarikat.

Mempunyai emosi yang stabil, tahan kritikan, makian dan boleh lupakan dalam masa 5minit.

Berdaya saing dan daya juang yg tinggi dan juga daya utk menghadapi lawan atau musuh niaga anda. Kena belajar gunakan taktik Perang Saraf.


Anggap tiada siapa yg nak tolong kita terutama dlm bantuan kewangan, sebolehnya jangan ambil pinjaman dari bank masa peringkat awal lagi. Bila dah berjaya nanti bank sendiri datang kat kita.

Mempunyai sikap mental yg wajar terhadap segala-gala termasuk orang, tempat, situasi  dan juga persepsi. Sikap adalah penentu kejayaan dan kegagalan.

Tidak gentar hadapi kegagalan dan sentiasa anggap kegagalan itu hanyalah sementara. Moto bagi seorang usahawan seharusnya berbunyi; " Jika hari ini aku gagal, esok pagi aku akan mulakan yang lain pula! Dan ingatlah yang gagal itu bukanlah diri kita, tetapi hanya percubaan kita. Kita kena kaji kelemahan dan kesilapan diri kita, kemudian bangun semula dan atur strategi baru.

Mempunyai disiplin diri yang kuat serta kawalan diri dengan bermottokan;
Hidup ini adalah do-it-yourself programme dan kita berada di tempat duduk pemandu, memandu kehidupan kita sendiri.

Ingat wang adalah hamba bagi kita dan kita sebagai tuannya. Sebagai tuan kita mesti bijak uruskan kewangan kita tu. Ingat yg kita hanya boleh berbelanja drp lebihan hasil keuntungan dan bukannya drp wang modal pusingan perniagaan.

Programkan mental dengan mekanisme kejayaan. Bayangkan setiap hari seolah2 kejayaan telah pun jadi milik kita iaitu pemikiran, perasaan dan perlakuan kita cerminkan ciri2 orang yang berjaya.

Perniagaan masa kini sangat kompetitif, robust dan globasisasi, jadi usahawan pun perlukan modenisasi, komersialisasi dan kompetensi. Caranya adalah melalui usahawan profesional, lasak, berilmu dan berkemahiran.

Seseorang itu hanya boleh dianggap berjaya jika dia telah capai kejayaan dlm 7 aspek kehidupan yg utama iaitu 

Mental
Rohani
Jasmani
Kerjaya
Kewangan
Keluarga
Kemasyarakatan

Peranacangan matlamat kita haruslah merangkumi ke7 aspek kat atas bagi mendapat kehidupan yg seimbang, berjaya, kaya, sihat, bahagia dan disanjung tinggi oleh masyarakat atas khidmat bakti. Teruskan berusaha dan berdoa semoga segala usaha kita sentiasa diberkati dan dimakbulkan oleh Allah.

Friday, April 1, 2011

Amalan murah rezeki

Bagi ana murah rezeki bukannya dari sumber duit dan harta saja, sebenarnya murah rezeki ni luas maknanya. Rezeki dari tuhan tu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan hanya Allah yg berkuasa melapangkan dan memurahkan rezeki hamba2nya. Tubuh badan yg sihat bagi ana adalah murah rezeki yg paling berharga sebab dengan tubuh yg sihatlah baru kita boleh kejar rezeki yang lain. Cuba bayangkan kalau korang selsema pun dah rasa tak selesa nak buat kerja kan, apatah lagi kalau sakit yg kronik. Dahla kerja tak leh nak buat, nak pikirkan kos rawatan lagi, pikirkan anak2 lagi, pikirkan orang sekeliling yg kena jaga kita lagi dan mcm2 lagi yg boleh buat jiwa tak keruan. Dalam pada tu mesti terlintas juga kan kenapa Allah uji kita dgn sakit tu kan, anggaplah sakit tu anugerah dariNya dan redhalah. Bagi yg belum sakit tu bersyukurlah banyak2 dan berdoa moga2 kita akan terus dikurniakan kesihatan yg baik supaya dpt kita beribadah padaNya. Ana tak dapat bayangkan kekadang tu tersepit tangan sikit pun dah mengaduh sakit bayangkan la pulak macam mana org lain sakit kanser hati, leukimia, jantung berlubang dan macam2 lagi. Bila kelapangan tu cuba korang pegi wad melawat org sakit kat situ boleh buatkan kita insaf dan rasa bersyukur sangat2.


Masa sihat sebelum sakit ni lah patutnya kita gunakan peluang yg ada semaksimum mungkin, sebab bila dah sakit, amal ibadah dah tak serupa masa sihat lagi, sebab tu lah kan ada hadis yg suruh kita rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara tu kan, tak yah la ana nak sebut kat sini, korang mesti dah tau kan, semua orang dah tau, tapi masih bertangguh2 nak juga tunggu datang 5yg kemudian tu barulah nak menyesal.


Kalau nak rezeki sentiasa murah cubalah buat amalan2 ni, buat secara istiqamah jangan main sekerat jalan aja. Pertama sekali janganlah tinggal tiang agama iaitu solat 5waktu  tu, insyaallah rezeki yg berkat akan memurahkan rezeki korang walaupun gaji tak sebesar mana tapi alhamdulillah sentiasa cukup. Perbanyakkan istighfar dan cuba jauhkan dari buat dosa, dah istighfar banyak2 takkan tergamak nak dosa lagi kot, jadi benda ni berkait kalau tak tak guna lah istighfar kita tu. Sentiasa ingat Allah dengan berzikir padaNya,  La ilaha illallah yg sentiasa tak lekang kat bibir tu, insyallah boleh buatkan hati kita tenang dan terasa lapang. Berzikir tu untuk Allah, jangan pulak lupa kat nabi kita banyakkan selawat padanya juga.

Jangan ingat yg kita dah rapat dengan Allah jika dah buat semua tu, selain rapat dgn Allah kita juga kena jaga hubungan sesama manusia ni, jangan pulak asyik dok beribadah sampai hubungan muamalat tu tak dihiraukan langsung. Hidup kita ni kena seimbang dua2, bukan berat sebelah. Jaga hubungan dengan mak bapa kita dgn berbakti selagi mereka masih ada dan eratkan tali kekeluargaan dan silaturrahim sesama kita. Kalau ada sengketa sesama saudara atau pun dgn taulan cubalah jalin kembali yg dah terputus tu, janganlah rasa takut tak diterima, kalau kita dah cuba berbaik tapi dia org tetap juga tak nak dan kita juga sudah cuba buat yg termampu tu semua kita serahkan kat Allah. Moga2 terbuka pintu hati dia org nak terima kita satu hari nanti.

Selain keluarga kita, buat baik juga pada orang yg lemah mcm anak yatim, orang tua, fakir miskin dan orang sakit, buat baik ni tak semestinya dlm bentuk duit ringgit, kalau mampu apa salahnya tapi kalau tak mampu cuba sumbangkan tenaga ke, idea ke atau pun apa pun lah yg dpt ceriakan dia org ni. Tunaikan hajat orang lain pun insyaallah akan dilapangkan rezeki seperti sabda nabi s.a.w " Siapa yg menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..."


Last sekali buatlah kebajikan banyak2 dan mulakan hari kita di awal pagi yg mana lepas solat subuh tu jgn sambung tidur balik, mulakan urusan harian di awal pagi kerana terdapat keberkatan dlm berpagi2 tu. 

Sebenarnya ada banyak lagi amalan yg lain yg boleh diamalkan, pokok pangkalnya kita mesti ingat pada pencipta kita, jgn kita dok pikir pasal org lain yg tak beramal yg kaya raya tu.. sebab kekayaan utk dia org adalah satu ujian sedangkan kita pula diuji dgn kesusahan...kadangkala bukannya susah pun cuma kita yg tak pernah nak rasa cukup dengan apa yg ada. 

Dah berjela pulak entri ni, Oklah harap2 ana pun dapat amalkan semua tu dan skrg ni cuba nak amalkan sembahyang duha ngan surah maksurat pula.

KENAPA WANITA ARAB PAKAI HITAM???

Korang tak pelik ke tengok pompuan2 arab ni  pakai abaya hitam memanjang, tak der warna lain dah ke dia org ni nak pakai kan. Tak variasi langsung, tak jemu ker???. Kalau kita ke kedai kain dah tentu terhidang ngan pelbagai corak yg berwarna-warni sampai tak tau nak pilih, sedangkan dia org cuma pakai abaya plain hitam.

Sebenarnya dia org ni ikut syariat berpakaian yg sebenarnya iaitu memakai pakaian berwarna gelap seperti hitam, coklat supaya tak menarik perhatian orang lelaki. Lelaki ni mcm semua sedia maklum nafsu satu saja, yg satu tu lah yg payah nak jaga sbb kadang2 pompuan tutup habis pun depa nak kacau jugak.
Kalau pakai cam ni agak2 ada tak lelaki2 gatal nak kacau, ana rasa dia org cabut lari dulu kot. Di sebalik abaya hitam yg dia org pakai ni sebenarnya ada lagi pakaian kat dalam tu, abaya tu just nak cover bahagian yg tak dicover lah. Ana sendiri pernah kenal ngan mak arab masa dia org stay kat homestay ana dulu, bukan main seksi pakaian yg kat dalam tu, kalau duk kat rumah pun fulamak mengancam gilerrr....Pakaian warna warni pula bukannya dilarang cuma janganlah yg terlalu menonjol sangat warnanya sampai orang boleh hilang tumpuan atau pun memang kita dah niat nak tarik perhatian orang , tu dah salah tu, cuba pakai yang lembut dan yg boleh sejukkan mata yg memandang.

Kaum adam ni pula cubalah jaga pandangan mata dan hati tu, sebab kekadang kita orang pompuan ni tak der niat langsung nak tarik perhation deme, pakai baju pun dah tutup bagai tapi masih nak diusik juga. Kita pakai baju cantik2 sebab kita ni kan pompuan ada sembilan nafsu, pantang tgk baju2 cantik sikit mulalah nak beli, tapi percayalah niat utk tarik perhatian kaum adam tu tak der langsung, tak tau lah pulak utk muslimah lain tu harap2 sama lah kan. Lagipun islam sendiri sukakan keindahan dan ana tak rasa salah selagi kita tak berlebihan.

Kalau kita dah ikut syariat insyaallah Allah akan tolong melindungi kita, kalau masih dikacau juga bukan salah kita lagi, itu semua salah lelaki yg berajakan nafsu.

Tuesday, March 29, 2011

HIASAN BERLEBIHAN KAT BAHAGIAN LEHER & DADA

Bila nak beli baju2 yg nak jual kat sini apa yg ana perasan kat bahagian leher tu mesti ada manik2 atau labuci atau apa sajalah yg begitu cantik, terutamanya jubah. Ana pernah terbaca komen drp sorang blogger kat blog lain yg kata hiasan2 kat leher tu yg buatkan dia org rasa berat nat tutup bahagian dada tu. Yelah dah beli mahal2 lepas tu kat leher ngan dada tu cantik giler rasa rugi la nak tutup cam tu saja. Harap2 janganlah korang tergugat ngan hiasan tu semua, tetapkan IMAN tuuu, pastikan kita menutup aurat ikut syariat bukan kerana nak menunjuk2, insyallah bila kita berniat baik akan dipermudahkanNya.

Ana pun kalau boleh nak elakkan beli pakaian yg berlebihan kat bahagian tu, bukaanya apa ana rasa tak berbaloi, sbb harga off course mahal sbb bendalah tu semua. Kekadang tu ana dok berangan nak jadi fashion designer aja, nak design baju yg cantik yg tumpukan kat bahagian bawah ngan lengan bukan kat leher & dada tuuu. Berangan lebih...imaginasi  ana kureng bangat.. lepas tu nak express  design pun tak pandai nak lukis and lastly nak menjahit pun tak pandai langsung...hu...hu...hu

Ana dok survey juga pakaian muslimah kat negara lain, nampaknya dia org ni pun mostly pakai tudung tak tutup dada pun, tak yah sebut negara mana pun korang mesti dpt agakkan. Kalau ikut logik akal ni pun kan bahagian lain dah tertutup elok dah, tup tup kat dada tu tak tutup dgn tudung, kalau pakai tudung pun sgt pendek setakat kat bawah leher aja sampai org lelaki boleh agak saiz bra yang kita pakai. Kalau setakat agak saiz bra tu tak pe la sangat, mcm mana pula kalau nafsu si lelaki ni membuak2 tgk kat situ???. Nauzubillah, muslimah semua tolonglah labuhkan hijab korang hingga tutup dada tu!!!!!. Please......

source : http://seatea.fotopages.com/
sayangnya nak tutup ngan tudung!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...