} -->

Sunday, April 3, 2011

RAHSIA AWET MUDA

Semua orang nak kelihatan lebih muda dari usia sebenarkan walaupun saban hari makin bertambah usia kita, maka makin berkedutlah muka ngan badan kita ni. Ada yang inject botox, vit C , makan kolagen, makan macam2 supplement dan macam2 lagilah yg sanggup kita buat walaupun kocek ni dah kering, tapi nak cantik punya pasal apa pun kita sanggup buat.

Ana rasa petua awet muda yang paling murah, mudah dan selamat adalah dengan mengamalkan membaca al-quran setiap hari, walaupun ana sendiri tak amalkan pun, on off on off ajerrr, tak istiqamah langsung. Jangan pula niat baca quran tu semata2 nak awet muda, tapi niat kerana Allah kerana nak memahami dengan lebih dalam satu2nya mukjizat nabi kita yg terus kekal hingga ke hari ni. Seboleh2nya baca quran yang ada tafsiran supaya kita faham apa yang kita baca tu, barulah ada jiwa bacaan kita tu. Baca tanpa faham bagi ana sangatlah merugikan. Contohnya bila baca surah An-Nisa kita boleh tau pasal hukum2 perkahwinan, taktik, tujuan dan adab perang dalam islam, hukum membunuh orang muslim dan macam2 lagi dlm surah ni.

Lepas wudhu pula jangan lapkan muka tu, biar air tu meresap dalam muka. Selain amalan rohani ni ada juga amalan lain yang boleh dibuat. Yang paling utama jaga pemakanan tu, banyakkan makan buah dan ulaman segar dan kurangkan makanan berlemak. Makan tu jangan kerap dok bersulam air , minum air hanya lepas lebih kurang 15minit lepas makan tu. Air kosong kena minum dalam 5-8gelas sehari supaya pencernaan berjalan lancar yg dapat mengeluarkan toksin dalam badan tu.

Selain tu rajin2lah bersenam supaya aliran darah lancar dan elakkan wajah daripada terik matahari. Guna payung dan pastikan pakai krim pelindung yang ada SPF bila keluar rumah. Insyaallah walaupun semua kita akan tua dan berkedut juga tapi tak salahkan utk menjaga diri kita sebaik mungkin sebelum apa yg Allah pinjamkan kat kita ni diambil balik. Cuma satu jer jangan berlebihan dalam apa jua yg korang lakukan dan tidak bertentangan dengan hukum agama.

p/s : sentiasa syukur dan redha adalah rahsia awet muda yg terbesar, kalau asyik dok tension dgn stress dah tentu muka yg tak berkedut pun jadi berkedut.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...