} -->

Saturday, April 2, 2011

Tips jadi usahawan berjaya

Di blog lama saya dulu, ramai yg masuk dari golongan peniaga juga, masing2 iklankan produk masing2, jadi saya rasa blog ni pun mesti diterjah group yg sama. Bukan semua orang berbakat dlm perniagaan ni termasuklah ana sendiri yg masih terkial2 cari ilmu.

Apa beza usahawan dengan peniaga? Bagi ana peniaga2 kecil tambah2 yg kat online ni tak layar digelar usahawan lagi, usahawan bagi yang dah berjaya membina empayar yg kukuh. Sebelum jadi usahawan besar sudah tentu kena mula dari bawah dulu, pernah ka dengar usahawan yg terus jer berjaya tanpa bersusah payah dari bawah, kalau ada pun mungkin mewarisi perniagaan keluarga. Kat bawah ni saya senaraikan ciri2 usahawan tulen yg dicedok drp buku Dato' Maznah Hamid wanita besi yg berasal dari Kedah ni.

Diri kita sendiri yang nak jadi usahawan, bukan dipaksa utk teruskan legasi keluarga. Tak bergantung harap kepada orang lain dan buat perniagaan yg betul2 kita arif, suka dan rela lakukannya.

Tinggalkan segalanya dan tumpukan perhatian pada satu jenis perniagaan sahaja hingga kukuh dan bila dah OK barulah boleh kembangkan bisnes kedua.

Jadikan perniagaan anda itu sebagai survival anda, iaitu mata pencarian utama yg mana anda hanya bergantung pada perniagaan ini saja.

Sanggup melupakan keselesaan dan kesenangan hidup dan bekerja kuat , work long hard hours tanpa cuti.

Mempunyai semangat yg kental, daya tahan, berani, sanggup tanggung risiko, sabar dan tabah.

Mempunyai daya kepimpinan yg tinggi dgn ciri2 kepimpinan yg boleh diikut . Berupaya mempengaruhi sikap dan tingkahlaku pekerja bagi  mencapai kecermelangan dan matlamat syarikat.

Mempunyai emosi yang stabil, tahan kritikan, makian dan boleh lupakan dalam masa 5minit.

Berdaya saing dan daya juang yg tinggi dan juga daya utk menghadapi lawan atau musuh niaga anda. Kena belajar gunakan taktik Perang Saraf.


Anggap tiada siapa yg nak tolong kita terutama dlm bantuan kewangan, sebolehnya jangan ambil pinjaman dari bank masa peringkat awal lagi. Bila dah berjaya nanti bank sendiri datang kat kita.

Mempunyai sikap mental yg wajar terhadap segala-gala termasuk orang, tempat, situasi  dan juga persepsi. Sikap adalah penentu kejayaan dan kegagalan.

Tidak gentar hadapi kegagalan dan sentiasa anggap kegagalan itu hanyalah sementara. Moto bagi seorang usahawan seharusnya berbunyi; " Jika hari ini aku gagal, esok pagi aku akan mulakan yang lain pula! Dan ingatlah yang gagal itu bukanlah diri kita, tetapi hanya percubaan kita. Kita kena kaji kelemahan dan kesilapan diri kita, kemudian bangun semula dan atur strategi baru.

Mempunyai disiplin diri yang kuat serta kawalan diri dengan bermottokan;
Hidup ini adalah do-it-yourself programme dan kita berada di tempat duduk pemandu, memandu kehidupan kita sendiri.

Ingat wang adalah hamba bagi kita dan kita sebagai tuannya. Sebagai tuan kita mesti bijak uruskan kewangan kita tu. Ingat yg kita hanya boleh berbelanja drp lebihan hasil keuntungan dan bukannya drp wang modal pusingan perniagaan.

Programkan mental dengan mekanisme kejayaan. Bayangkan setiap hari seolah2 kejayaan telah pun jadi milik kita iaitu pemikiran, perasaan dan perlakuan kita cerminkan ciri2 orang yang berjaya.

Perniagaan masa kini sangat kompetitif, robust dan globasisasi, jadi usahawan pun perlukan modenisasi, komersialisasi dan kompetensi. Caranya adalah melalui usahawan profesional, lasak, berilmu dan berkemahiran.

Seseorang itu hanya boleh dianggap berjaya jika dia telah capai kejayaan dlm 7 aspek kehidupan yg utama iaitu 

Mental
Rohani
Jasmani
Kerjaya
Kewangan
Keluarga
Kemasyarakatan

Peranacangan matlamat kita haruslah merangkumi ke7 aspek kat atas bagi mendapat kehidupan yg seimbang, berjaya, kaya, sihat, bahagia dan disanjung tinggi oleh masyarakat atas khidmat bakti. Teruskan berusaha dan berdoa semoga segala usaha kita sentiasa diberkati dan dimakbulkan oleh Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...