} -->

Friday, April 1, 2011

Amalan murah rezeki

Bagi ana murah rezeki bukannya dari sumber duit dan harta saja, sebenarnya murah rezeki ni luas maknanya. Rezeki dari tuhan tu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan hanya Allah yg berkuasa melapangkan dan memurahkan rezeki hamba2nya. Tubuh badan yg sihat bagi ana adalah murah rezeki yg paling berharga sebab dengan tubuh yg sihatlah baru kita boleh kejar rezeki yang lain. Cuba bayangkan kalau korang selsema pun dah rasa tak selesa nak buat kerja kan, apatah lagi kalau sakit yg kronik. Dahla kerja tak leh nak buat, nak pikirkan kos rawatan lagi, pikirkan anak2 lagi, pikirkan orang sekeliling yg kena jaga kita lagi dan mcm2 lagi yg boleh buat jiwa tak keruan. Dalam pada tu mesti terlintas juga kan kenapa Allah uji kita dgn sakit tu kan, anggaplah sakit tu anugerah dariNya dan redhalah. Bagi yg belum sakit tu bersyukurlah banyak2 dan berdoa moga2 kita akan terus dikurniakan kesihatan yg baik supaya dpt kita beribadah padaNya. Ana tak dapat bayangkan kekadang tu tersepit tangan sikit pun dah mengaduh sakit bayangkan la pulak macam mana org lain sakit kanser hati, leukimia, jantung berlubang dan macam2 lagi. Bila kelapangan tu cuba korang pegi wad melawat org sakit kat situ boleh buatkan kita insaf dan rasa bersyukur sangat2.


Masa sihat sebelum sakit ni lah patutnya kita gunakan peluang yg ada semaksimum mungkin, sebab bila dah sakit, amal ibadah dah tak serupa masa sihat lagi, sebab tu lah kan ada hadis yg suruh kita rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara tu kan, tak yah la ana nak sebut kat sini, korang mesti dah tau kan, semua orang dah tau, tapi masih bertangguh2 nak juga tunggu datang 5yg kemudian tu barulah nak menyesal.


Kalau nak rezeki sentiasa murah cubalah buat amalan2 ni, buat secara istiqamah jangan main sekerat jalan aja. Pertama sekali janganlah tinggal tiang agama iaitu solat 5waktu  tu, insyaallah rezeki yg berkat akan memurahkan rezeki korang walaupun gaji tak sebesar mana tapi alhamdulillah sentiasa cukup. Perbanyakkan istighfar dan cuba jauhkan dari buat dosa, dah istighfar banyak2 takkan tergamak nak dosa lagi kot, jadi benda ni berkait kalau tak tak guna lah istighfar kita tu. Sentiasa ingat Allah dengan berzikir padaNya,  La ilaha illallah yg sentiasa tak lekang kat bibir tu, insyallah boleh buatkan hati kita tenang dan terasa lapang. Berzikir tu untuk Allah, jangan pulak lupa kat nabi kita banyakkan selawat padanya juga.

Jangan ingat yg kita dah rapat dengan Allah jika dah buat semua tu, selain rapat dgn Allah kita juga kena jaga hubungan sesama manusia ni, jangan pulak asyik dok beribadah sampai hubungan muamalat tu tak dihiraukan langsung. Hidup kita ni kena seimbang dua2, bukan berat sebelah. Jaga hubungan dengan mak bapa kita dgn berbakti selagi mereka masih ada dan eratkan tali kekeluargaan dan silaturrahim sesama kita. Kalau ada sengketa sesama saudara atau pun dgn taulan cubalah jalin kembali yg dah terputus tu, janganlah rasa takut tak diterima, kalau kita dah cuba berbaik tapi dia org tetap juga tak nak dan kita juga sudah cuba buat yg termampu tu semua kita serahkan kat Allah. Moga2 terbuka pintu hati dia org nak terima kita satu hari nanti.

Selain keluarga kita, buat baik juga pada orang yg lemah mcm anak yatim, orang tua, fakir miskin dan orang sakit, buat baik ni tak semestinya dlm bentuk duit ringgit, kalau mampu apa salahnya tapi kalau tak mampu cuba sumbangkan tenaga ke, idea ke atau pun apa pun lah yg dpt ceriakan dia org ni. Tunaikan hajat orang lain pun insyaallah akan dilapangkan rezeki seperti sabda nabi s.a.w " Siapa yg menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..."


Last sekali buatlah kebajikan banyak2 dan mulakan hari kita di awal pagi yg mana lepas solat subuh tu jgn sambung tidur balik, mulakan urusan harian di awal pagi kerana terdapat keberkatan dlm berpagi2 tu. 

Sebenarnya ada banyak lagi amalan yg lain yg boleh diamalkan, pokok pangkalnya kita mesti ingat pada pencipta kita, jgn kita dok pikir pasal org lain yg tak beramal yg kaya raya tu.. sebab kekayaan utk dia org adalah satu ujian sedangkan kita pula diuji dgn kesusahan...kadangkala bukannya susah pun cuma kita yg tak pernah nak rasa cukup dengan apa yg ada. 

Dah berjela pulak entri ni, Oklah harap2 ana pun dapat amalkan semua tu dan skrg ni cuba nak amalkan sembahyang duha ngan surah maksurat pula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...