} -->

Tuesday, March 29, 2011

HIASAN BERLEBIHAN KAT BAHAGIAN LEHER & DADA

Bila nak beli baju2 yg nak jual kat sini apa yg ana perasan kat bahagian leher tu mesti ada manik2 atau labuci atau apa sajalah yg begitu cantik, terutamanya jubah. Ana pernah terbaca komen drp sorang blogger kat blog lain yg kata hiasan2 kat leher tu yg buatkan dia org rasa berat nat tutup bahagian dada tu. Yelah dah beli mahal2 lepas tu kat leher ngan dada tu cantik giler rasa rugi la nak tutup cam tu saja. Harap2 janganlah korang tergugat ngan hiasan tu semua, tetapkan IMAN tuuu, pastikan kita menutup aurat ikut syariat bukan kerana nak menunjuk2, insyallah bila kita berniat baik akan dipermudahkanNya.

Ana pun kalau boleh nak elakkan beli pakaian yg berlebihan kat bahagian tu, bukaanya apa ana rasa tak berbaloi, sbb harga off course mahal sbb bendalah tu semua. Kekadang tu ana dok berangan nak jadi fashion designer aja, nak design baju yg cantik yg tumpukan kat bahagian bawah ngan lengan bukan kat leher & dada tuuu. Berangan lebih...imaginasi  ana kureng bangat.. lepas tu nak express  design pun tak pandai nak lukis and lastly nak menjahit pun tak pandai langsung...hu...hu...hu

Ana dok survey juga pakaian muslimah kat negara lain, nampaknya dia org ni pun mostly pakai tudung tak tutup dada pun, tak yah sebut negara mana pun korang mesti dpt agakkan. Kalau ikut logik akal ni pun kan bahagian lain dah tertutup elok dah, tup tup kat dada tu tak tutup dgn tudung, kalau pakai tudung pun sgt pendek setakat kat bawah leher aja sampai org lelaki boleh agak saiz bra yang kita pakai. Kalau setakat agak saiz bra tu tak pe la sangat, mcm mana pula kalau nafsu si lelaki ni membuak2 tgk kat situ???. Nauzubillah, muslimah semua tolonglah labuhkan hijab korang hingga tutup dada tu!!!!!. Please......

source : http://seatea.fotopages.com/
sayangnya nak tutup ngan tudung!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...