} -->

Monday, March 28, 2011

PRODUK KURUS VS PEMUTIH KULIT

Semua org dah tentu nak cantik kan, sepesat berkembangya teknologi sepesat tu jugaklah tumbuhnya bagai cendawan produk2 utk kurus ngan putih ni. Bagi yg dah kurus ngan putih tu alhamdulillah tak yah dok perabih duit beli produk2 ni semua yg bukan murah harganya. Kalau semua yg badan sodap2 tu bole kurus apasal wanita pertama kita tak kurus2 jugak. Sorry to say that our first lady. Adibah Noor ngan Syani tu apasal dia org tak nak ambik jadi duta???. Kalau ambik dia org lepas tu dia org ni tak kurus2 jugak alamat bungkus la dia org...no..no..no.

Ana ni skeptikal sikit bab2 ni, tambah2 bila tgk pengasasnya hidup kaya raya, pengedar2 berkereta mewah bagai. Yang jadi mangsa adalah pengguna, kalau kurus tak pe la, yg tak kurus2 juga tu cam na pulak. Yang dah kurus pun kalau nak stop rasanya nanti berat naik pulak, jadi nak tak nak dah jadi santapan setiap harilah produk tu semua. Terpaksalah kerja sampai berbelas jam sehari sbb nak maintain cantikk. Ana rasa kalau bumi bertuah kita ni jadi mcm kat setengah negara kat benua afrika tu, tak payahla org ramai dok sibuk nak makan produk ni semua.

Bagi yg berkulit gelap mcm ana ni pula, dok sakan beli produk pemutih samada yg kena makan ataupun yg kena tenyeh2 kat muka tu. Masa dulu ana pernah juga terpikir apasal produk2 yg berlambak kat kedai yg dakwa boleh bagi kulit putih la, kurang kedut lah, mcm2 lagi la la kan tak der effect pa pun, padanlah dgn harga kannn. Ana pun bukan tak pernah berhabis duit beli produk BML dulu, itu dulu masa zaman muda2, nak cantik ajer kannn. Bila stop pakai kulit muka dah tak berseri2 lagi. Lagipun rasanya produk ni dah tak berapa nak laku sngt dah sbb byk dah produk local kita. Kalau beli Mingguan Wanita rasanya tebal ngan iklan dia org saja.

Bagi ana drp perabih duit kat produk2 ni lebih baikla simpan buat pi haji ataupun invest utk pendidikan anak2 kita. Syukur dgn apa yg Allah dak kurniakan dan terima seadanya. Gunalah cara semulajadi utk cantik dan turunkan berat badan tu. Banyak sangat yang boleh kita lakukan secara alami, cuma kita yg maaalas sesangat nak buat dan lagi satu kesannya laaambat kann, tak best.

Saturday, March 26, 2011

ANDA BERSENAM KE????


Sebelum ni saya bincangkan pasal diet, kali ni berkaitan dengan diet juga, iaitu bersenam. Kira diet ngan bersenam ni tak boleh dipisahkan, macam kembar siam. Ni yang berat sikit nak buat ni. Alasan yg selalu kita dengar tak de masa, termasuklah saya ni. Bagi saya melakukan kerja2 rumah tu dah dikira bersenam dah tu. Unofficial bersenam tu, kalau nak buat official bersenam rasanya sekerat jalan aja, lepas tu tinggal, apapun saya akan cuba buat juga.


Kenapa kita perlu bersenam? sebab nak kurus, itulah jawapan yg fames sekali, betol tak??. mana nak datang cantik kalau badan tak sihat, jadi badan yg sihat secara otomatik akan menzahirkan kecantikan itu dgn sendirinya. Jika kita bersenam pergerakan jantung akan lebih lancar disamping menghilangkan selulit dibahagian paha, perut, lengan dan punggung.


Senaman yg paling baik adalah dlm 30-60minit setiap hari ataupun 2-3hari seminggu. Senaman apa yang korang semua selalu buat?. Selalunya yang fames adalah berjalan kaki, berlari, berjogging, berenang, menari dan lain2 yg sewaktu dengannya. Kalau tak sempat buat kat rumah buatlah kat tempat kerja, jangan malas sangat, bontot dok melekat aja kat kerusi, malas dah nak bangun. Kalau ada tangga rajin2kanlah diri tu pi panjat kalau ada urusanlah. Karang kena marah ngan bos pulak dok turun naik tangga, kerja tak siap2.


Kat sini saya senaraikan kebaikan bersenam;
1) Memperkuatkan dan meningkatkan keupayaan otot2 jantung serta mengurangkan bebanan jantung sekaligus melancarkan peredaran darah dan membantu meningkatkan kemasukan oksigen kedalam jantung, sebab tu adanya PJ kat sekolah.
2) Membantu meningkatkan paras kolestrol pelindung yang dikenak sebagai High Density Lipoprotein (HDL)
3) Membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori dalam tubuh.
4) Membantu mengurangkan tekanan darah bagi yg mempunyai tekanan darah tinggi.
5) Mengurangkan ketegangan
6) Membantu tidur dgn nyenyak
7) Menjamin kesihatan tulang
8) Membantu memperbaiki emosi
9) Mengurangkan risiko kencing manis dan osteoporosis


Peraturan bersenam
Nak bersenam pun tak boleh semborono saja, korang kenalah ambil langkah berjaga2 sebab kalau tak kena cara boleh cedera. Yang penting sekali kenalah warm-up dulu sebelum bersenam tu dan cooling down lepas dah habis bersenam. Kenakan pakaian yang selesa dan tidak terlalu ketat nanti payah nak gerak, silap2 haribulan terkehel sana-sini. Akhir sekali pakailah kasut yang sesuai. Lagi satu jangan terus mandi lepas bersenam dan jangan bersenam dalam tempoh 2jam selepas makan.

DIET????

"Jom makan". Sorry, I'm on diet. Pernah tak korang mengalami situasi macam ni, tak kisahla samada korang yg diet atau korang yg mengajak. Rasanya ramai yg dah tau definisi sebenar diet tu, tapi bagi yg tak tau lagi feel free to read this entry.


Diet ni sebenarnya bukan tak makan atau makan sikit, tapi bagaimana kita mengatur dan menyusun makanan yang betul dan seimbang dalam pemakanan kita setiap hari tu. Diet ni biasanya tak sama antara individu, jadi jangan ikut orang. 


Tubuh kita perlukan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral dlm kuantiti yg tertentu. Alah masa form 3 pun dah diajarkan, cuma kita tak mau ambil berat aja, main belasah aja makan apa yang ada depan mata. Lantaklah kolestrol menimbun pun, yg penting sodaaapp.


Diet tidak seimbang berlaku bila kesemua zat gizi utama ini terkurang atau terlebih. Macam mana pula nak tau kita ambil unsur2 tersebut dah terlebih atau terkurang???. Piramid makanan is the answer. Boleh ke imagine piramid makanan tu atau dah lupa. OK kalau dah lupa saya tempek kat sini. Lepas tu bolehla print dan lekat kat dapur. Tak pun cari aja kat mana2 majalah atau lagi best kalau dapat poster piramid ini.
 source : http://portal.imateradigital.com/myhealth/

Dah scan gambar ni masuk otak korang???. Kenapa dok sibuk sangat pasal diet ni? Sekarang ni alhamdulillah saya masih la dikira muda lagi, walaupun dah 3dekad hidup kat bumi bertuah ni, jadi saya nak ambil langkah pencegahan, alah mcm pepatah org putih tu, prevention is better than cure.


Apa yang akan jadi kalau diet tak seimbang?. Kalau diet kurang boleh sebabkan tekanan darah rendah, tiada tenaga dan tidak cergas manakala kalau terlebih pula boleh mendatangkan obesiti, diabetes, hipertensi, sakit jantung dan strok. Sekarang ni bukan warga emas saja yg dok kena penyakit2 ni semua, tapi org muda pun dah ramai yg terkena. Seram rasanya, memangla ajal maut ditangan tuhan, tak de sapa yg boleh halang tapi kita cuma berusaha, selebihnya berdoa dan bertawakal agar Allah kurniakan kita kesihatan yang baik.

Friday, March 18, 2011

Etika berpakaian dalam Islam

Pakaian melambangkan identiti. Setuju tak ?. Walau ada yg tak setuju tapi pendapat ini memang tidak salahkan?. Melalui pakaian kita dapat menggambarkan serba sedikit personaliti ataupun karakter orang tersebut. Selalunya cara kita berpakaianlah yg selalu orang guna utk menilai kita terutamanya orang yang kita tak kenal. Maksud saya bila kita pergi mana2 function ke orang tak kenal kita tapi dengan cara berpakaian kita itulah orang dah dapat menilai personaliti kita. 

Zaman sekarang ni orang dah tak menghiraukan sangat etika berpakaian menurut islam, apa yang penting baju yang mereka sarung ke badan tu ikut citarasa dan kehendak mereka dan sesuai dengan imej disamping kena dengan majlis yang dihadiri tu.
Sebab tulah saya nak share sikit kat sini, etika2 berpakaian dalam islam. Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna tertentu untuk kita pakai, apa yang penting pakaian yang dipakai tu mestilah menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang beragama islam. Pakaian tu mesti tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan yang melihatnya.

Antara adab2 dan etika berpakaian yang dituntut dalam agama kita adalah;
  1. Mestilah tutup aurat, kalau perempuan seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan kalau lelaki pula dari pusat hingga lutut. Yang lelaki tu saya rasa dah ok dah cuma adalah beberapa % yg masih tak faham2 lagi kot, dok tunjuk  paha ngan betis berbulu kat orang. Yang pompuan lak yang selalu terbabas ni. Kalau nak tulis kat sini, tak larat nak tekan dah keyboard ni sbb banyak sangat pompuan2 sekarang ni yg tutup rambut saja bukannya tutup aurat pun. Tutup urat adalah.
  2. Tidak pakai pakaian yang jarang sampai menampakkan susuk tubuh badan. Nabi sendiri pernah berfirman dalam hadis yang menyatakan tak masuk syurga bagi wanita yang memakai pakaian tapi telanjang dan meliuk2 badannya.
  3. Tidak memakai pakaian yang ketat yang boleh menampakkan bentuk tubuh. Hairan juga tak payah ke nak bergerak dengan dibungkus ketat macam tu. Yang remaja lela tu sekarang ni bukan main lagi dengan skinny jeans, alah yang dah tua tu pun tak kurang jugak kan.
  4. Memakai pakaian yang boleh menimbulkan rasa sombong dihati pemakai. Ingatlah tujuan sebenar kita adalah untuk menutup aurat dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk baju siapa yang lebih mahal, baju siapa yang lebih up-to-date, baju siapa yang paling banyak labuci dan manik2.
  5. Memakai pakaian yang menyerupai golongan bukan islam. Yang ni memang sudah terang lagi bersuluh dah.
  6. Pakaian lelaki mesti berbeza dengan pakaian perempuan, begitu juga sebaliknya . Jangan ada pulak yang tanya ni pakaian pompuan ka lelaki? Bila dah tanya macam tu dah sah yang pakaian tu tak menggambarkan ciri2 pakaian lelaki mahupun pompuan.
  7. Tidak memakai sutera bagi lelaki.
  8. Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian, moga2 kita beroleh keberkatan. Bukankah hidup kita ini untuk beribadah kepadaNya, jadi dalam apa saja yang kita lakukan walaupun untuk memakai pakaian berdoalah kepadaNya.
Moga2 dapat mengambil pengajaran, nanti ada pula yang kata tak semestinya yang tutup aurat tu berperangai baik, yang penting hati baik.  Aku tak tutup aurat tapi aku sembahyang dan tak buat benda jahat cuma aku tak terbuka hati lagi nak menutup aurat aku.Bagi ana muslimah yang baik adalah yg patuh pada semua suruhanNya, bukannya sekadar mengharapkan hati yg baik, kalau diikutkan hati yg baik, org kafir pun ramai yg hatinya baik cuma yg bezakan dia org ngan kita dia org tak beriman padaNya saja.

Tuesday, March 15, 2011

TUTUP AURAT VS BUNGKUS AURAT

Baru-baru ni ana berkesempatan baca majalah NUR edisi Mac yang membincangkan mengenai wanita muslimah yang keliru ataupun masih dalam dilema dengan penampilan bertudung. Ana sendiri sudah lama dok perati benda ni, ingatkan semua orang tak kisah pasal benda ni, tapi tak ramai, sebabnya masih ramai yang termasuk dalam golongan keliru tu.
Yelah, cam mana ana tak kata keliru, pakai tudung tapi pakai seluar ketat giler , kalau seluar tak ketat baju lak ketat bangat, tak pun dua-dua skali ketat.
Pakai tudung tapi kain terbelah menampakkan betis bunting padi  tu.
Pakai tudung tapi baju yang dipakai sangat jarang sampai nampak segala.
Pakai tudung tapi pakai baju short sleeve.
Pakai tudung tapi nampakkan dada.
Pakai tudung tapi .........Banyak lagi ni, tapi cukupla
Rasanya la kan ANNA RAFALI lagi sopan, cuma dia tak pakai tudung saja kan. So kat sini boleh la kita kata yang dia orang ni cuma tutup rambut dan bungkus badan kan.


Astagfirullah, minta-minta kami sekeluarga tak termasuk dalam golongan ini. Sekarang ni bolehla kata kat orang kan, mana tau esok lusa turun kat anak cucu kita pulak. Moga ana istiqimah dalam hal ni dan tak terikut-ikut dengan orang. Ana pun walau tak pakai macam kat atas ni tapi sentiasa nak perbaiki lagi coz kekadang tu lupa juga nak sarungkan stokin kat kaki tu. 


Moga-moga dipermudahkan oleh Allah untuk kami sekeluarga menjaga aurat dengan sempurna. Macam mana yang dikatakan tutup aurat dengan sempurna tu?. Pada ana penutupan aurat yg sebenarnya macam wanita2 kat afghanistan tu, cuma kat muka tu tak la tutup habis mcm dia org, dia org pangil burka. Kat sana semua wajib pakai mcm tu kan masa zaman Taliban dulu. Jubah / abaya yg dia org pakai tu tak nampak langsung potongan badan, baju pula tak de la berlabuci bagai yg boleh tarik perhatian org. Kagum tgk dia org, mungkin sebab kat sana semua pakai mcm tu, jadi tak der la iman tu tergugat, kalau kat sini pula dah tentu berwarna-warni, jubah pun ada juga sikit cuttingnya.

Sunday, March 13, 2011

Kenali fabrik anda


Sebelum beli kat sini, saya nak bagi info pasal jenis2 kain yg saya jual tu. Yelah kalau kat kedai bole kita pegang, belek2, tarik2, cium2 heheee, tapi kat sini boleh tengok aja tak boleh sentuh, setengah orang tak puas shopping mcm tu kan.

Fabrik atau jenis2 kain ni diperbuat samada secara semulajadi atau pun sintetik. Sumber semulajadi datangnya dari haiwan, tumbuhan dan mineral manakala yg sintetik pula terhasil dari sintesis petrochemical seperti rayon dgn polyester. Contoh2nya ada kat bawah ni.

haiwan - ulat dan kambing biri2
pokok - kapas , jut dan flax
mineral - asbestos , gentian kaca
sintetik - polyester, akrilik , nilon , spandex

Viscose
  • Diperbuat drp kayu pokok pine
  • Ciri2 kainnya antara cotton dgn sutera, yg mana ianya lebih lembut drp cotton tapi tak selembut sutera
  • Kain yg sangat lembut dan sejuk dan menyerap peluh
  • Bila basuh tu harap2 jgn la guna mesin basuh, basuh tangan saja
  • Mudah berkedut, nak2 lepas dibasuh
  • Jangan rendam dgn sabun utk tempoh yang lama tau

Cotton
Ni la pokok kapas
  • Diperbuat drp kapas, so terhasil dari bahan semulajadi
  • Menyerap peluh, sesuai dgn cuaca kat sini
  • Tahan pada suhu tinggi, so boleh direndam dlm air mendidih
  • Jenis2 cotton ini dikategori ikut tempat asal pokok kapas tersebut iaitu Egyptian cotton, Sea island cotton, American Prima Cotton, Asiatic cotton dan American Upland Cotton.
  • Selain itu ada juga bamboo cotton, honeycomb cotton, organic cotton dll.
Polyester
  • Terhasil drp sintesis kimia
  • Tak berapa nak menyerap peluh
  • Tahan lasak dan senang dibasuh
  • Kalau nak tahu, antara pengeluar fabrik jenis ni adalah penfabric textile group di Prai, Penang

Spandex
  • Terkenal dengan kebolehlenturan yag tinggi
  • Selalunya dibuat pakaian mandi, seluar fit, bra dan segalanya yg fit
  • Antara jenama yang terkenal adalah Lycra
  • Tak mudah berkedut dan senang dicuci



Macam mana nak bezakan kain dari natural resource dengan yg sintesis?
Ambil sikit benang drp kedua2 jenis kain dan bakar , jika bau terbakar seakan bau kertas maka kain itu adalah dibuat drp bahan semulajadi manakala kalau berbau seperti plastik sudah tentu kain itu dari jenis polyester sebab polyester ni berasal dari plastik.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...