} -->

Saturday, March 26, 2011

ANDA BERSENAM KE????


Sebelum ni saya bincangkan pasal diet, kali ni berkaitan dengan diet juga, iaitu bersenam. Kira diet ngan bersenam ni tak boleh dipisahkan, macam kembar siam. Ni yang berat sikit nak buat ni. Alasan yg selalu kita dengar tak de masa, termasuklah saya ni. Bagi saya melakukan kerja2 rumah tu dah dikira bersenam dah tu. Unofficial bersenam tu, kalau nak buat official bersenam rasanya sekerat jalan aja, lepas tu tinggal, apapun saya akan cuba buat juga.


Kenapa kita perlu bersenam? sebab nak kurus, itulah jawapan yg fames sekali, betol tak??. mana nak datang cantik kalau badan tak sihat, jadi badan yg sihat secara otomatik akan menzahirkan kecantikan itu dgn sendirinya. Jika kita bersenam pergerakan jantung akan lebih lancar disamping menghilangkan selulit dibahagian paha, perut, lengan dan punggung.


Senaman yg paling baik adalah dlm 30-60minit setiap hari ataupun 2-3hari seminggu. Senaman apa yang korang semua selalu buat?. Selalunya yang fames adalah berjalan kaki, berlari, berjogging, berenang, menari dan lain2 yg sewaktu dengannya. Kalau tak sempat buat kat rumah buatlah kat tempat kerja, jangan malas sangat, bontot dok melekat aja kat kerusi, malas dah nak bangun. Kalau ada tangga rajin2kanlah diri tu pi panjat kalau ada urusanlah. Karang kena marah ngan bos pulak dok turun naik tangga, kerja tak siap2.


Kat sini saya senaraikan kebaikan bersenam;
1) Memperkuatkan dan meningkatkan keupayaan otot2 jantung serta mengurangkan bebanan jantung sekaligus melancarkan peredaran darah dan membantu meningkatkan kemasukan oksigen kedalam jantung, sebab tu adanya PJ kat sekolah.
2) Membantu meningkatkan paras kolestrol pelindung yang dikenak sebagai High Density Lipoprotein (HDL)
3) Membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori dalam tubuh.
4) Membantu mengurangkan tekanan darah bagi yg mempunyai tekanan darah tinggi.
5) Mengurangkan ketegangan
6) Membantu tidur dgn nyenyak
7) Menjamin kesihatan tulang
8) Membantu memperbaiki emosi
9) Mengurangkan risiko kencing manis dan osteoporosis


Peraturan bersenam
Nak bersenam pun tak boleh semborono saja, korang kenalah ambil langkah berjaga2 sebab kalau tak kena cara boleh cedera. Yang penting sekali kenalah warm-up dulu sebelum bersenam tu dan cooling down lepas dah habis bersenam. Kenakan pakaian yang selesa dan tidak terlalu ketat nanti payah nak gerak, silap2 haribulan terkehel sana-sini. Akhir sekali pakailah kasut yang sesuai. Lagi satu jangan terus mandi lepas bersenam dan jangan bersenam dalam tempoh 2jam selepas makan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...