} -->

Sunday, March 13, 2011

Kenali fabrik anda


Sebelum beli kat sini, saya nak bagi info pasal jenis2 kain yg saya jual tu. Yelah kalau kat kedai bole kita pegang, belek2, tarik2, cium2 heheee, tapi kat sini boleh tengok aja tak boleh sentuh, setengah orang tak puas shopping mcm tu kan.

Fabrik atau jenis2 kain ni diperbuat samada secara semulajadi atau pun sintetik. Sumber semulajadi datangnya dari haiwan, tumbuhan dan mineral manakala yg sintetik pula terhasil dari sintesis petrochemical seperti rayon dgn polyester. Contoh2nya ada kat bawah ni.

haiwan - ulat dan kambing biri2
pokok - kapas , jut dan flax
mineral - asbestos , gentian kaca
sintetik - polyester, akrilik , nilon , spandex

Viscose
  • Diperbuat drp kayu pokok pine
  • Ciri2 kainnya antara cotton dgn sutera, yg mana ianya lebih lembut drp cotton tapi tak selembut sutera
  • Kain yg sangat lembut dan sejuk dan menyerap peluh
  • Bila basuh tu harap2 jgn la guna mesin basuh, basuh tangan saja
  • Mudah berkedut, nak2 lepas dibasuh
  • Jangan rendam dgn sabun utk tempoh yang lama tau

Cotton
Ni la pokok kapas
  • Diperbuat drp kapas, so terhasil dari bahan semulajadi
  • Menyerap peluh, sesuai dgn cuaca kat sini
  • Tahan pada suhu tinggi, so boleh direndam dlm air mendidih
  • Jenis2 cotton ini dikategori ikut tempat asal pokok kapas tersebut iaitu Egyptian cotton, Sea island cotton, American Prima Cotton, Asiatic cotton dan American Upland Cotton.
  • Selain itu ada juga bamboo cotton, honeycomb cotton, organic cotton dll.
Polyester
  • Terhasil drp sintesis kimia
  • Tak berapa nak menyerap peluh
  • Tahan lasak dan senang dibasuh
  • Kalau nak tahu, antara pengeluar fabrik jenis ni adalah penfabric textile group di Prai, Penang

Spandex
  • Terkenal dengan kebolehlenturan yag tinggi
  • Selalunya dibuat pakaian mandi, seluar fit, bra dan segalanya yg fit
  • Antara jenama yang terkenal adalah Lycra
  • Tak mudah berkedut dan senang dicuci



Macam mana nak bezakan kain dari natural resource dengan yg sintesis?
Ambil sikit benang drp kedua2 jenis kain dan bakar , jika bau terbakar seakan bau kertas maka kain itu adalah dibuat drp bahan semulajadi manakala kalau berbau seperti plastik sudah tentu kain itu dari jenis polyester sebab polyester ni berasal dari plastik.

    1 comment:

    1. Kebanyakan fabrik yg saya pakai drpd fabrik kapas. Mungkin sbb ia sesuai dgn cuaca di negara kita. Terima kasih atas info mengenai fabrik ni yea.

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...