} -->

Friday, April 1, 2011

KENAPA WANITA ARAB PAKAI HITAM???

Korang tak pelik ke tengok pompuan2 arab ni  pakai abaya hitam memanjang, tak der warna lain dah ke dia org ni nak pakai kan. Tak variasi langsung, tak jemu ker???. Kalau kita ke kedai kain dah tentu terhidang ngan pelbagai corak yg berwarna-warni sampai tak tau nak pilih, sedangkan dia org cuma pakai abaya plain hitam.

Sebenarnya dia org ni ikut syariat berpakaian yg sebenarnya iaitu memakai pakaian berwarna gelap seperti hitam, coklat supaya tak menarik perhatian orang lelaki. Lelaki ni mcm semua sedia maklum nafsu satu saja, yg satu tu lah yg payah nak jaga sbb kadang2 pompuan tutup habis pun depa nak kacau jugak.
Kalau pakai cam ni agak2 ada tak lelaki2 gatal nak kacau, ana rasa dia org cabut lari dulu kot. Di sebalik abaya hitam yg dia org pakai ni sebenarnya ada lagi pakaian kat dalam tu, abaya tu just nak cover bahagian yg tak dicover lah. Ana sendiri pernah kenal ngan mak arab masa dia org stay kat homestay ana dulu, bukan main seksi pakaian yg kat dalam tu, kalau duk kat rumah pun fulamak mengancam gilerrr....Pakaian warna warni pula bukannya dilarang cuma janganlah yg terlalu menonjol sangat warnanya sampai orang boleh hilang tumpuan atau pun memang kita dah niat nak tarik perhatian orang , tu dah salah tu, cuba pakai yang lembut dan yg boleh sejukkan mata yg memandang.

Kaum adam ni pula cubalah jaga pandangan mata dan hati tu, sebab kekadang kita orang pompuan ni tak der niat langsung nak tarik perhation deme, pakai baju pun dah tutup bagai tapi masih nak diusik juga. Kita pakai baju cantik2 sebab kita ni kan pompuan ada sembilan nafsu, pantang tgk baju2 cantik sikit mulalah nak beli, tapi percayalah niat utk tarik perhatian kaum adam tu tak der langsung, tak tau lah pulak utk muslimah lain tu harap2 sama lah kan. Lagipun islam sendiri sukakan keindahan dan ana tak rasa salah selagi kita tak berlebihan.

Kalau kita dah ikut syariat insyaallah Allah akan tolong melindungi kita, kalau masih dikacau juga bukan salah kita lagi, itu semua salah lelaki yg berajakan nafsu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...